rq r nie..

rq r nie..
huhuhu

Monday, September 27, 2010

Apa i2 perasaan??-pandangan aku sendiri.....


Current mood:  calm
Category: Goals, Plans, Hopes
Perasaan. Itulah segala-galanya yang membuat keputusan di hati. Baik yang buruk, mahupun sebaliknya. Lain yang di fikirkan, lain yang di rasakan. Sesuatu yang paling susah untuk semua umat manusia berfikir secara logikal. 

Keputusan bukan mudah untuk dibuat. Terlepas di mulut, lain pula fahamannya. Malah lain pula tanggapannya. Semuanya berpunca dari perasaan. Apakah benda yang paling bernilai pada manusia? Perasaan. Mudah untuk berfikir, susah untuk membuat keputusan. Kenapa? Perasaan. Perasaan yang memutar-belitkan apa yang difikirkan. 

Perasaan jugalah yang membuat keputusan sebenarnya. Jika yang baik, apa responnya, apa akibatnya? Jika yang buruk, pun begitu. Tak semua manusia menang dengan perasaan. Begitu juga ada yang sampai membunuh diri, merosakkan diri sendiri dengan pelbagai cara, dan sebagainya. 

Bersediakah kita bertempur dengan perasaan kita sendiri? Mampukah kita membuat keputusan secara rasional? Bolehkah kita kawal perasaan tu? 

Apa-apa keputusan pun, ingat. selalu fikir dua kali. Selalu bertanya. Jangan fikir perasaan kita saja yang dilanda masalah. Perasaan tu boleh dikongsi. 


Perasaan. 
Kau sangat kejam.

No comments:

Post a Comment